Hubungkait Antara Ciri Ciri Personaliti Dan Pemilihan Kerjaya Pelajar

Md. Salleh, Akmalunnisak and Buntat, Yahya (2007) Hubungkait Antara Ciri Ciri Personaliti Dan Pemilihan Kerjaya Pelajar. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini adalah bertujuan melihat Ciri-ciri Personaliti dan Pemilihan Kerjaya Pelajar. Seramai 135 orang pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Pontian dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik untuk mengumpul data dan maklumat. Data yang didapati dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 13.0. Analisis data ini diterangkan secara kekerapan, peratusan dan min. Daripada kajian yang dijalankan ciri-ciri personaliti utama yang dimiliki oleh pelajar ialah ciri personaliti Konvensional, diikuti ciri personaliti Sosial dan ketiga ialah ciri personaliti Enterprising. Bagi mengenalpasti kerjaya yang dimiliki oleh pelajar pula, lebih ramai pelajar memilih pekerjaan sebagai Pengurus Hotel dan Profesor Universiti, seterusnya Agen Pengintip Kerajaan (CIA) dan Ahli Ilmu Kronologi (Jenayah). Hasil dapatan kajian menunjukkan semasa proses pemilihan kerjaya, para pelajar lebih cenderung memiliki ciri personaliti Realistik, diikuti ciri personaliti Konvensional dan seterusnya ciri personaliti Enterprising.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07480
Subjects: Educational Psychology > Educational Psychology
Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:42
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10611

Actions (login required)

View Item View Item