Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran berbantukan Komputer (pbk) Untuk Mata Pelajaran vokasional (mpv) Menservis Peralatan Elektrik Domestik tingkatan Lima

Mohd Hasnan, Nor Aidawati and Mukhari, Abd Wahid (2007) Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran berbantukan Komputer (pbk) Untuk Mata Pelajaran vokasional (mpv) Menservis Peralatan Elektrik Domestik tingkatan Lima. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) sebagai satu alternative baru pencapaian pengetahuan berkesan mengenai Menservis Peralatan Elektrik Domestik Tingkatan Lima menggunakan multimedia.. Tujuan pembanggunan perisian ini adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik berkenaan dan sebagai menambah nilai kepada buku teks serta mempelbagaikan koleksi PBK mata pelajaran ini di sekolah. Kandungan perisian ini berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Menservis Peralatan Elektrik Domestik Tingkatan Lima yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002. Pembangunan perisian ini adalah berpandukan Model ADDIE. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Authorware 7.02 dan Macromedia Flash MX Professional 2004 sebagai perisian utama dan disokong oleh beberapa perisian lain seperti Adobe Photoshop CS2, Ulead VideoStudio 8.0 dan beberapa perisian lain. Pengujian perisian ini dijalankan di Sekolah Menengah Taman Daya, Johor Bahru untuk menguji keberkesanannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dilakukan oleh dua kategori responden iaiitu guru dan pelajar yang terlibat dengan mata pelajaran berkenaan. Projek perisian ini diharap dapat mencapai objektifnya dengan berjaya.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07479
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:42
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10610

Actions (login required)

View Item View Item