Masalah Dalam Mempelajari Sub-topik Persamaan Kimia Dalam Bab Formula Dan Persamaan Kimia Di Kalangan Pelajar Tingkatan 5

Jamaludin, Siti Noorain and Bakar, Md Nor (2007) Masalah Dalam Mempelajari Sub-topik Persamaan Kimia Dalam Bab Formula Dan Persamaan Kimia Di Kalangan Pelajar Tingkatan 5. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah dalam mempelajari subtopik persamaan kimia di kalangan pelajar tingkatan 5. Kajian ini telah dijalankan di 5 buah sekolah di daerah Kulai yang melibatkan seramai 88 orang responden terdiri daripada pelajar tingkatan 5 aliran sains tulen. Bagi memperolehi data, soal selidik telah diedarkan yang mengandungi soalan-soalan mengenai kemahiran menseimbangkan persamaan kimia, mentafsirkan persamaan kimia dari aspek kuantitatif dan kualitatif serta menyelesaikan masalah pengiraan yang berkaitan dengan persamaan kimia. Data yang diperoleh seterusnya diproses dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Daripada hasil kajian didapati 18.63% pelajar tidak mahir dalam menseimbangkan persamaan kimia dan seterusnya 22.73% pelajar menghadapi masalah untuk menulis formula molekul dan juga untuk mengenal pasti nama bahan kimia. Manakala 26.72% pelajar pula mengalami kesukaran untuk menyelesaikan masalah pengiraan yang berkaitan dengan persamaan kimia Untuk mengatasi masalah-masalah ini, para guru dicadangkan untuk menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar sewaktu pengajaran. Ini untuk memberi penekanan kepada aktiviti pelajar seperti latih tubi, pembelajaran koperatif dan penyelesaian masalah yang boleh membantu pelajar memahami konsep dengan lebih mudah di samping membantu meningkatkan kemahiran mereka.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07448
Subjects: Chemistry Education > Chemistry Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:41
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10579

Actions (login required)

View Item View Item