Masalah Pembelajaran Pelajar Dalam Konsep Pengoksidaan dan Penurunan

Mustafar, Suzaliza and Abu Bakar, Zainudin (2007) Masalah Pembelajaran Pelajar Dalam Konsep Pengoksidaan dan Penurunan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah dalam mempelajari konsep kimia yang berkaitan dengan pengoksidaan dan penurunan di kalangan pelajar. Konsepkonsep kimia yang dikaji iaitu mengenal pasti tindak balas redoks, mengenal pasti agen pengoksidaan dan penurunan, penentuan nombor pengoksidaan dan mengenal pasti proses pengoksidaan dan penurunan dari segi pemindahan elektron. Seramai 50 orang pelajar daripada pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) (SPC) dan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) (SPK) terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ialah satu set soal selidik yang mengandungi 3 bahagian. Bahagian A mengandungi maklumat latar belakang pelajar. Bahagian B mengenal pasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran kimia sementara Bahagian C pula mengenal pasti kefahaman pelajar terhadap konsep pengoksidaan dan penurunan. Kesemua data di analisis dengan menggunakan perisian Stastical Package for Social Science Version 10.0 (SPSS V10.0) dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan sikap pelajar terhadap mata pelajaran kimia adalah pada tahap yang tinggi iaitu 3.74. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan pelajar tidak menghadapi masalah miskonsepsi kecuali dalam mengenal pasti proses pengoksidaan dan penurunan dari segi pemindahan elektron. Beberapa implikasi dan cadangan juga dibincangkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07445
Subjects: Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:41
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10576

Actions (login required)

View Item View Item