Tahap Kesediaan Pedagogi, Sikap Dan Minat Guru Pelatih teknikal, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal Dalam bahasa Inggeris

Hassan, Nurul Huda and Abu, Baharin (2007) Tahap Kesediaan Pedagogi, Sikap Dan Minat Guru Pelatih teknikal, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal Dalam bahasa Inggeris. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini mengkaji tahap kesediaan pedagogi, sikap dan minat guru pelatih teknikal tahun 2 SPA/E/J Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap pengajaran mata pelajaran teknikal dalam Bahasa Inggeris. Responden kajian terdiri daripada 51 guru pelatih teknikal semester empat SPA/E/J di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian merupakan set soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian dan mengandungi 64 item. Pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen ialah 0.96. Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan pedagogi (min = 2.81), sikap (min = 2.88) dan minat (min = 2.75) mengajar mata pelajaran teknikal dalam Bahasa Inggeris di kalangan guru pelatih berada pada tahap sederhana (min = 2.81). Bagi faktor kesediaan pedagogi, didapati teknik penyoalan dan penyampaian pengajaran mendapat min terendah iaitu masingmasing 2.78 dan 2.76. Dari segi faktor kesediaan sikap, guru pelatih kurang berkemahiran membina soalan dalam Bahasa Inggeris, kurang berkeinginan menggunakan bahan rujukan dalam Bahasa Inggeris dan kurang sanggup mengeluarkan modal untuk menyediakan bahan bantu mengajar. Manakala bagi faktor kesediaan minat, guru pelatih didapati kurang berminat menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran. Cadangan dikemukakan di akhir kajian bagi mempertingkatkan tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek pedagogi, sikap dan minat untuk mengajar mata pelajaran teknikal dalam Bahasa Inggeris.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07395
Subjects: Higher Education > Teacher education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:38
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10526

Actions (login required)

View Item View Item