Faktor Yang Mendorong Pelajar Luar Bandar Memilih Bidang Teknikal Sebagai Kerjaya

Tarni, Noraishah (2007) Faktor Yang Mendorong Pelajar Luar Bandar Memilih Bidang Teknikal Sebagai Kerjaya. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar luar bandar memilih bidang teknikal sebagai kerjaya. Selain itu, pengkaji juga mengkaji hubungan antara faktor-faktor yang mendorong pelajar luar bandar memilih bidang teknikal sebagai kerjaya dengan pencapaian pelajar. Kajian juga bertujuan mengkaji perbezaan terhadap faktor-faktor yang mendorong pelajar luar bandar memilih bidang teknikal sebagai kerjaya merentas jantina. Kajian ini telah dijalankan ke atas 89 orang pelajar luar bandar tahun akhir Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengikuti kursus di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ini dijalankan secara tinjauan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Dapatan kajian di analisis menggunakan perisian Statistical Package For Sosial For Window Version 12.0 (SPSS 12.0) secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor minat merupakan faktor utama (65.21%) mendorong pelajar luar bandar memilih bidang teknikal sebagai kerjaya. Hasil statistik Inferensi menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar dengan faktor yang mendorong dan juga tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap faktor pemilihan kerjaya.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07394
Subjects: Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:38
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10525

Actions (login required)

View Item View Item