Pembangunan Perisian pempelajaran Berbantukan Komputer (pbk), sukan Olahraga (balapan & Lompat Jauh), pendidikan Sukan Suaian Kategori Cacat Penglihatan.

Salleh, Suraya and Ibrahim, Halijah (2007) Pembangunan Perisian pempelajaran Berbantukan Komputer (pbk), sukan Olahraga (balapan & Lompat Jauh), pendidikan Sukan Suaian Kategori Cacat Penglihatan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) untuk kumpulan individu berkeperluan khas amat diperlukan dan boleh dijadikan sebagai media penyebaran maklumat mengenai sukan-sukan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) khasnya bagi cacat penglihatan. PBK Pendidikan Sukan Suaian mempermudahkan pembelajaran dengan jelas dan digambarkan dengan menggunakan elemen-elemen multimedia iaitu grafik, animasi, video atau audio menerusi PBK yang dibangunkan. PBK ini dibangunkan berdasarkan Model Addie dengan mengabungkan teori pembelajaran Teori Behaviorisme, Teori Kognitivisme dan Teori Konstruktivisme. Penggunaan perisian multimedia Sukan Olahraga (Balapan & Lompat Jauh) Kategori Cacat Penglihatan ini dapat membekalkan kaedah pembelajaran yang interaktif kepada pengguna. Perisian ini merangkumi topik-topik berkaitan dengan sejarah pertubuhan perbadanan dan persatuan OKU di Malaysia dan luar negara, kaedah ubahsuaian kemahiran sukan, peraturan permainan cacat penglihatan, klasifikasi cacat penglihatan, kuiz menguji kefahaman, glossari, capaian internet ke topik pembelajaran dan kredit sebagai rujukan maklumat dan butiran pembina perisian. Disamping itu juga elemen-elemen multimedia yang pelbagai melalui aktiviti-aktiviti dan interaktiviti dibangunkan di dalam perisian ini untuk menarik minat dan perhatian pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sediakan. Secara tidak lansung ia meningkatkan lagi daya ingatan dan pemahaman pelajar. PBK ini dibangunkan dengan menggunakan pengarangan perisian iaitu Macromedia Authorware 7.0 dibantu perisian tambahan seperti Adobe Photoshop CS2, Adobe Premiere Element 2.0, Windows Movie Maker, dan semua operasi Microsoft Windows XP. Penilaian pakar terhadap kesesuaian pembangunan perisian dan isi kandungan perisian menunjukkan reaksi yang positif.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07388
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:38
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10519

Actions (login required)

View Item View Item