Perbandingan Tahap Pengetahuan Di Antara Pelajar Lelaki Dan Perempuan Kursus Sains Sukan Terhadap Pembentukan Skoliosis

Pemiak, Tonny Wilder and Mohd Hashim, Asha Hasnimy (2007) Perbandingan Tahap Pengetahuan Di Antara Pelajar Lelaki Dan Perempuan Kursus Sains Sukan Terhadap Pembentukan Skoliosis. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar-pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia terhadap postur sebagai salah satu faktor yang berpotensi dalam pembentukan skoliosis. Tumpuan kajian ini adalah perbandingan tahap pengetahuan serta ujian postur badan di antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perkaitan tahap pengetahuan dengan ujian postur tersebut. Seramai 30 orang pelajar Sains Sukan telah digunakan sebagai sampel untuk kajian ini. Kajian ini telah dilakukan menggunakan kaedah pengujian dan soal selidik. Data-data mentah ini telah dianalisis menggunakan perisisan Statistical Package For Sosial Science (SPSS) versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap pengetahuan pelajar-pelajar lelaki (13.07 + 2.52) dan perempuan (13.07 + 2.43) tentang skoliosis dan postur sebagai faktor yang berpotensi terhadap pembentukan skoliosis dengan nilai t = 0.0 dan p 0.05. Tahap pengetahuan pelajar-pelajar ini didapati berada pada tahap kurang memuaskan. Dapatan daripada data pengujian, turut mendapati tidak terdapat perbezaaan yang signifikan dalam postur bahu dan belakang badan semasa melakukan tugasan menaip menggunakan komputer. Min kedudukan bahu dan kedudukan belakang bagi kedua-dua jantina adalah di antara 89 darjah hingga 91 darjah dengan nilai p 0.05. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara tahap pengetahuan pelajar dan kedudukan postur semasa melakukan tugasan yang diberikan dengan nilai korelasi, r < 0.05.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07385
Subjects: Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:37
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10516

Actions (login required)

View Item View Item