Keberkesanan Latihan Kecergasan Fizikal Terhadap Prestasi Pemain Pemain Hoki Daerah Kluang Johor

Ngah Dimin, Muhammad Jais and Zainuddin, Zainal Abidin (2007) Keberkesanan Latihan Kecergasan Fizikal Terhadap Prestasi Pemain Pemain Hoki Daerah Kluang Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai kemajuan atau peningkatan pemain dari segi kecergasan fizikal dan membuat perbandingan di antara kesan ujian kecergasan fizikal yang bersistematik sebelum dan selepas ujian dijalankan. Seramai 16 orang pemain hoki bawah 14 tahun dari daerah Kluang telah dipilih untuk kajian ini. Ianya telah dijalankan di Sekolah Menengah Sains Kluang, Johor. Terdapat 8 jenis ujian kecergasan fizikal telah dijalankan ke atas pemain iaitu Lari Ulang Alik, Duduk dan Jangkau, Bangun Tubi, Lompat Jauh Bardiri, Lari Zig-Zag, Ujian Lari 50 meter, Gantung Bengkok Siku, dan Lari 2.4 kilometer. Norma ujian kecergasan fizikal adalah berdasarkan norma yang telah ditetapkan oleh MSN Johor. Kajian yang dijalankan berlangsung selama 5 minggu, di mana latihan diberi sebanyak 2 kali seminggu selepas pre-test. Minggu terakhir barulah ujian post-test dijalankan. Data mentah telah dianalisa dengan menggunakan Statistical Pakage For Social Science 11.5 ( SPSS 11.5 ). Hipotesis dalam kajian ini diuji mengikut penganalisaan secara static yang melibatkan ujian T. Berdasarkan ujian T ini, didapati tahap peningkatan kecergasan fizikal menunjukkan perbezaan yang signifikan antara sebelum dan selepas ujian kecergasan fizikal dijalankan. Hasil kajian mencadangkan agar setiap pemain hoki manjalani ujian kecergasan fizikal yang bersistematik dan mencukupi bagi menjamin peningkatan prestasi kecergasan fizikal dan peningkatan ini membantu kejayaan sesebuah pasukan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07383
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:37
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10514

Actions (login required)

View Item View Item