Perbandingan Tahap Minat Pelajar Aliran Sains Dengan Aliran Sastera Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Di Smk Dato Ali Haji Ahmad, Pontian.

Raban, Mohd Arif and Zainuddin, Zainal Abidin (2007) Perbandingan Tahap Minat Pelajar Aliran Sains Dengan Aliran Sastera Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Di Smk Dato Ali Haji Ahmad, Pontian. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan membandingkan tahap minat pelajar sains dengan aliran sastera dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ali Haji Ahmad, Pontian Johor. Jumlah responden adalah sebanyak 50 orang iaitu 25 orang dari aliran sains dan 25 orang juga dari aliran sastera. Kajian telah dilaksanakan menerusi edaran borang soal selidik untuk mengutip data-data yang diperlukan seperti latar belakang responden dan item-item yang berkaitan dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Data-data dianalisis melalui program Statistical Packages For the Social Sciences SPSS versi 14.0 for Window dan Microsoft Excel. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan terhadap minat pelajar aliran sains dengan aliran sastera terhadap Pendidikan Jasmani. Semua responden mempunyai minat terhadap Pendidikan Jasmani. Ini jelas membuktikan bahawa perbezaan aliran dan status pencapaian akademik tidak mempengaruhi minat pelajar untuk terlibat dalam Pendidikan Jasmani. Akhir sekali beberapa cadangan dan usul dikemukanakan untuk kebaikan semua.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07380
Subjects: Sport Science Education > Sports Management
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:37
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10511

Actions (login required)

View Item View Item