Kajian Mengenai Jenis Pukulan Yang Digunakan Oleh Pemain badminton Perseorangan Lelaki Elit Semasa Pertandingan

Har, Wei Leng and Harun, Hafizah (2007) Kajian Mengenai Jenis Pukulan Yang Digunakan Oleh Pemain badminton Perseorangan Lelaki Elit Semasa Pertandingan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang jenis-jenis pukulan yang menyebabkan pemain hilang atau menang setiap mata semasa pertandingan badminton antarabangsa. Data diperolehi dengan meneliti video pertandingan di antara dua orang pemain perseorangan lelaki elit dengan melakukan analisis notational ke atas 12 orang pemain badminton perseorangan lelaki elit dalam 8 pertandingan badminton bertaraf antarabangsa. Untuk mengumpul data ini, kaset video digital dan perisian komputer Sport Code versi 6.1.4 Sport Code Elite telah digunakan. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Hipotesis dalam kajian ini diuji dengan menggunakan ujian-t. Walaupun dapatan kajian mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan bagi jumlah kesilapan tanpa paksaan (unforced error) dan beberapa jenis pukulan yang memperolehi mata di antara pemenang dan pemain yang kalah semasa mematikan rali, tetapi berdasarkan bandingan min, didapati pemenang kurang membuat kesalahan dan lebih membuat pukulan yang mematikan ralli berbanding dengan pemain yang kalah. Kesilapan tanpa paksaan yang paling banyak dilakukan oleh kedua-dua kumpulan pemain yang menang dan kalah ialah memukul bulu tangkis keluar gelanggang. Manakala smash merupakan jenis pukulan yang paling banyak dilakukan untuk memenangi mata.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07378
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:37
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10509

Actions (login required)

View Item View Item