An Overview Of Students Background In Relation To Learning English Literature Short Stories

Ramli, Suhaila and Abd Aziz, Marzilah (2007) An Overview Of Students Background In Relation To Learning English Literature Short Stories. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pengajian sastera yang disatukan ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bahasa Inggeris bukan sahaja menumpukan kepada tatabahasa, bahkan kepada penggunaan bahasa tersebut untuk menyampaikan isi. Oleh yang demikian, pengenalan komponen sastera dalam subjek bahasa Inggeris telah mengundang kebanjiran pencetusan conflik di mana pelajar dibebani dengan masalah.Ramai pelajar sekolah menengah di Malaysia kini menghadapi kesulitan menangani komponen sastera yang diajar sebagai sebahagian daripada subjek Bahasa Inggeris. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka persepsi terhadap impak bebanan budaya dan sosial dalam mempelajari cerita pendek kesusasteraan Bahasa Inggeris Tingkatan 4. Dalam kajian ini, pencapaian pelajar cemerlang di mana berlatarbelakangkan taraf sosial elit dan sederhana di mana berlatarbelakangkan taraf sosial yang sederhana membaca dan menulis folio sastera dianalisa dan dibandingkan.Data dikutip menggunakan soal selidik dan sesi menulis tugasan. Seramai 50 pelajar turutserta dalam kaji selidik, dan daripada jumlah ini, 25 pelajar cemerlang dan 25 pelajar sederhana terlibat dalam sesi membaca dan menulis. Data yang diperoleh dari sesi membaca dianalisa. Adakah faktor latarbelakang sosial, strategi pembelajaran dan kebiasaan pembelajaran menyumbang kepada perkembangan penyerapan subjek kesusasteraan Bahasa Inggeris. Kajian mendapati semua faktor ini mempengaruhi kemampuan mempelajari dan memahami, tetapi pada tahap yang berlainan. Penguasaan bahasa dan pengetahuan sedia ada memberi kesan jika subjek kurang mahir dalam Bahasa Inggeris. Begitu juga pelajar cemerlang yang tidak menghadapi masalah memahami teks yang lebih rumit, tetapi pelajar yang lebih lemah sukar membaca dan menangani cerita pendek ini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07355
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:36
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10486

Actions (login required)

View Item View Item