Persepsi Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Terhadap Gejala Tidak Berakhlak Di Universiti Teknologi Malaysia ( Utm )

Tuan Ngah, Tuan Mohd Azhar and Jalil, Ab Gani (2007) Persepsi Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Terhadap Gejala Tidak Berakhlak Di Universiti Teknologi Malaysia ( Utm ). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap gejala tidak berakhlak yang berlaku di UTM. Selain itu kajian ini juga mengkaji faktor-faktor yang mendorong berlakunya gejala tersebut dan cara terbaik untuk mengatasinya. Seramai 113 orang pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan yang dispesifikasikan lagi kepada enam kursus iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam)-(SPA), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)-(SPE), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kem. Hidup)-(SPH), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Jentera)-(SPJ), Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)-(SPK) dan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)-(SPM) Universiti Teknologi Malaysia telah dipilih untuk mewakili sampel kajian. Set soal selidik mengandungi 39 item soalan telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 11.5 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.9504. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi kebanyakan responden bersetuju dengan persoalan yang dikemukakan. Para responden juga memberikan persepsi yang positif terhadap faktor dan langkah penyelesaian yang diutarakan. Pada akhir kajian juga disertakan beberapa cadangan agar ia menjadi panduan dan tindakan pihak-pihak tertentu.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07268
Subjects: Religious and Moral Education > Moral Studies
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:21
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10400

Actions (login required)

View Item View Item