Persepsi Mahasiswi Islam Terhadap Perkahwinan Misyar. satu Kajian Di Salah Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Di malaysia

Ramli, Saroja and Alim, Ahmad Puhad (2007) Persepsi Mahasiswi Islam Terhadap Perkahwinan Misyar. satu Kajian Di Salah Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Di malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Perkahwinan merupakan suatu perkara yang digalakkan dan dituntut dalam Islam. Perkahwinan Misyar pula merupakan perkahwinan antara perempuan yang berpendapatan tinggi dan berpangkat dengan lelaki yang lebih rendah pendapatannya. Bertepatan dengan ini, kajian mengenai persepsi mahasiswi Islam terhadap perkahwinan Misyar dipilih bagi tujuan penyelidikan. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan Skala Likert dalam soal selidik. Penyelidik membuat analisis data dengan menggunakan perisian Statistical Package For Science Social (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati kefahaman mahasiswi Islam terhadap perkahwinan Misyar ialah tinggi dengan nilai min 3.91. Manakala persepsi peneriman mahasiswi Islam terhadap perkahwinan Misyar berada pada tahap yang sederhana iaitu 2.96. Kecenderungan mahasiswi Islam terhadap perkahwinan Misyar juga berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.35. Justeru itu, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan lagi kefahaman pelajar Islam terhadap perkahwinan Misyar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07242
Subjects: Religious and Moral Education > Islamic Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:19
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10374

Actions (login required)

View Item View Item