Masalah Pemahaman Konsep Dan Penguasaan Kemahiran Dalam Tajuk Transformasi Iii Tingkatan 5

Yusof, Nursyaheeda and Bakar, Md Nor (2007) Masalah Pemahaman Konsep Dan Penguasaan Kemahiran Dalam Tajuk Transformasi Iii Tingkatan 5. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran pelajar dalam pembelajaran topik Transformasi III Tingkatan 5. Kajian ini telah dijalankan terhadap 70 orang pelajar Tingkatan 5 di beberapa buah sekolah di daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah. Segala maklumat kualitatif dan kuantitatif diperolehi daripada ujian diagnostik bertulus dan melalui sesi temubual. Dapatan kajian menunjukkan walaupun pelajar dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep gabungan penjelmaan, pelajar menghadapi masalah untuk memutarkan suatu objek pada arah putaran yang diminta kerana kurangnya kemahiran untuk menggabungjalinkan kesemua konsep (sudut, arah jam, koordinat) yang diperlukan dalam memutarkan suatu objek. Pelajar turut menghadapi masalah kerana sering mengabaikan pusat operasi yang diberikan selain tidak mengingati rumus bagi luas imej dengan mengabaikan kuasa dua yang diperlukan dalam formula yang sebenar. Selain itu, masalah lain yang melibatkan kemahiran berkait rapat dengan kurangnya kemahiran pemvisualan. Beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah tersebut.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07200
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:17
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10332

Actions (login required)

View Item View Item