Mengenalpasti Kesalahan Pelajar Dalam Pembelajaran Topik Ungkapan Algebra Dan Aplikasinya Dikalangan Pelajar Tingkatan 4

Mohd Yusak, Norhidayah and Bakar, Md Nor (2007) Mengenalpasti Kesalahan Pelajar Dalam Pembelajaran Topik Ungkapan Algebra Dan Aplikasinya Dikalangan Pelajar Tingkatan 4. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesalahan pelajar dalam pembelajaran topik Ungkapan Algebra dan aplikasinya dikalangan pelajar Tingkatan 4. Aspek yang dikaji melibatkan penguasaan pelajar dalam konsep dan kemahiran Ungkapan Algebra yang meliputi Ungkapan Algebra dengan satu anu, Ungkapan Algebra dengan dua atau lebih anu, mempermudahkan dan memfaktorkan Ungkapan Algebra, menulis bentuk Ungkapan Algebra daripada suatu situasi yang diberi, serta menyelesaikan masalah yang melibatkan Ungkapan Algebra. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 100 pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada tiga buah sekolah sekitar Johor Bahru. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set soalan matematik berkaitan tajuk Ungkapan Algebra yang mengandungi 17 soalan. Analisis data dibuat secara kualitatif berdasarkan jawapan bertulis responden. Dapatan kajian menunjukkan pelajar menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan operasi terutamanya melibatkan nombor negatif dan gabungan beberapa operasi, pengembangan ungkapan dalam bentuk kuasa dua, memfaktorkan ungkapan ke bentuk teringkas dan masalah aplikasi. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar, beberapa cadangan telah dikemukakan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07198
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:17
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10330

Actions (login required)

View Item View Item