Masalah Pengajaran Matematik Guru Pelatih Utm

Rasid, Masnita and Ahmad Zanzali, Noor Azlan (2007) Masalah Pengajaran Matematik Guru Pelatih Utm. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji masalah pengajaran yang dihadapi oleh guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Masalah pengajaran yang dikaji dalam kajian ini merangkumi aspek penguasaan matapelajaran, kemahiran mengajar dan penggunaan bahan bantu mengajar. Pendekatan kualitatif digunakan untuk mengenalpasti masalah pengajaran guru pelatih semasa latihan mengajar. Data telah diperolehi melalui temubual dengan enam orang sampel guru pelatih dan enam orang sampel guru pembimbing atau pensyarah pembimbing. Ini diikuti dengan pemerhatian lapangan ke atas proses pengajaran di bilik darjah. Akhir sekali rancangan mengajar guru pelatih dan laporan penyeliaan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing dianalisis. Data dianalisis secara kualitatif berdasarkan aktiviti guru dalam bilik darjah. Keputusan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih menghadapi masalah untuk mengajar Matematik ketika latihan mengajar. Secara umumnya, guru pelatih hanya mendedahkan pelajar dengan aras pengetahuan dan aras pemahaman sahaja dan tidak dapat mengaitkan dan mengolah pengetahuan sedia ada dengan lebih baik supaya pelajar dapat didedahkan untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan penyelesaian masalah. Guru pelatih juga menghadapi masalah dalam kemahiran mengajar kerana tidak menguasai Bahasa Inggeris dan tidak dapat menguruskan masa dengan baik. Dari keputusan kajian, didapati bahawa guru pelatih menghadapi masalah dalam menggunakan bahan bantu mengajar ketika pengajaran. Masalah tersebut telah ditentukan dan didapati berkaitan dengan kekangan masa, wang dan sekolah. Justeru itu, penyemakan ke atas keberkesanan pengajaran mikro dan pembelajaran pedagogi sebagai persediaan menjalani latihan mengajar perlu diberikan penekanan kepada aspek yang telah dinyatakan untuk melahirkan seorang graduan pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang bermutu tinggi dalam pengajaran.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07196
Subjects: Higher Education > Teacher education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:17
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10328

Actions (login required)

View Item View Item