Pembangunan Perisian Multimedia Berdasarkan pembelajaran Aktif Bagi Tutorial Bertajuk Garis Dan satah Dalam Tiga Matra Matematik Kbsm Tingkatan empat

Wong, Mei Fong and Atan, Noor Azean (2007) Pembangunan Perisian Multimedia Berdasarkan pembelajaran Aktif Bagi Tutorial Bertajuk Garis Dan satah Dalam Tiga Matra Matematik Kbsm Tingkatan empat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Menjelang tahun 2013, dijangka akan wujud 8000 sekolah yang akan mencapai status sekolah bestari. Justeru itu, guru-guru sekolah digalak untuk mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah cuba dibangunkan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh demikian, pengkaji mengambil inisiatif untuk membangunkan PBK bagi tajuk Garis dan Satah dalam Tiga Matra, Matematik KBSM Tingkatan empat di mana ia mempunyai beberapa topik kecil di dalamnya. Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai bahasa penghantar dalam perisian ini. Perisian PBK ini dibangunkan berdasarkan model rekabentuk instruksi Hannafin and Peck dan menggunakan kaedah tutorial. Pendekatan pembelajaran aktif juga digunakan di mana ia merupakan proses yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran melalui membaca, menyelesai masalah, menjawab soalan dan sebagainya. PBK ini dibangunkan berdasarkan gabungan empat elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio dan animasi. Gabungan keempat-empat elemen multimedia ini telah menjadikan perisian ini lebih interaktif dan proses pengajaran dan pembelajaran pula menjadi lebih efektif. Perisian yang dibina ini disimpan dalam bentuk cakera padat (CD) bagi memudahkan pengguna menggunakannya. Diharapkan perisian ini dapat membantu dari segi mempertingkatkan lagi mutu P&P sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07148
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Educational Technology > Multimedia Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:14
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10280

Actions (login required)

View Item View Item