Tahap Pengetahuan Guru Tentang Ergonomik Dan Kesan negatif Yang Dihadapi Pelajar Semasa Menggunakan Komputer di Makmal Komputer Sekolah

Hashim, Suhaizal and Idris, Abdul Razak (2007) Tahap Pengetahuan Guru Tentang Ergonomik Dan Kesan negatif Yang Dihadapi Pelajar Semasa Menggunakan Komputer di Makmal Komputer Sekolah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini adalah satu tinjauan mengenai tahap pengetahuan guru tentang ergonomik serta kesan negatif yang dihadapi pelajar semasa menggunakan komputer di makmal komputer sekolah. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Sampel kajian ini adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada guru-guru yang menggunakan makmal komputer untuk proses pengajaran dan pembelajaran daripada 5 buah sekolah di Johor Bahru. Analisis dilakukan dengan menggunakan program SPSS (Statistical Package for Social Sciences Computer Program) untuk mendapatkan min, kekerapan dan peratus. Keseluruhannya, guru-guru ini mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang ergonomik stesen kerja komputer di makmal komputer sekolah dan tahap pengetahuan yang sederhana tentang ergonomik kedudukan fizikal semasa menggunakan komputer. Kajian ini juga mendapati bahawa kesan negatif yang dihadapi pelajar semasa menggunakan komputer di makmal komputer sekolah berada di tahap yang sederhana.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07137
Subjects: Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10269

Actions (login required)

View Item View Item