Mengkaji Hubungan Di Antara Pencapaian Akademik Dengan Sikap Pelajar Terhadap Perisian Multimedia Yang Telah Dipelajari Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (fizik, Kimia Dan Matematik) Di Fakulti Pendidikan, Utm, Skudai.

Mohamad Noor, Norhayati and Junaidi, Juhazren (2007) Mengkaji Hubungan Di Antara Pencapaian Akademik Dengan Sikap Pelajar Terhadap Perisian Multimedia Yang Telah Dipelajari Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (fizik, Kimia Dan Matematik) Di Fakulti Pendidikan, Utm, Skudai. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Sikap terdiri daripada minat, keupayaan, pandangan, perasaan dan kepercayaan. Dalam kajian ini, kelima-lima elemen ini telah diambilkira oleh penyelidik untuk mengkaji hubungan di antara pencapaian akademik dengan sikap pelajar terhadap perisian multimedia yang telah dipelajari di kalangan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan di Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan data berkaitan pencapaian akademik pelajar dan sikap pelajar terhadap perisian multimedia yang telah dipelajari, seterusnya membuat perkaitan antara pencapaian akademiik dengan sikap pelajar terhadap perisian multimedia yang telah dipelajari. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada sikap menyumbang kepada pencapaian akademik ataupun tidak. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 98 orang pelajar yang telah mengambil subjek-subjek perisian multimedia dan pelajar adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan (Fizik, Kimia dan Matematik) di Fakulti Pendidikan, UTM. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada 80 item soalan. Penyelidik telah menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0 untuk menganalisis data. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa keseluruhan min berada pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi telah dibuat dan ia menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pencapaian akademik dengan sikap pelajar terhadap perisian multimedia yang telah dipelajari.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07127
Subjects: Chemistry Education > Chemistry Education
Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > Multimedia Education
Educational Technology > ICT
Educational Psychology > Educational Psychology
Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:06
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10263

Actions (login required)

View Item View Item