Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan komputer (pbk) Bagi Tajuk Pembahagian Nombor Perpuluhan menggunakan Model Pembahagian

Othman, Nurul Ashadiah and Idris, Abdul Razak (2006) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan komputer (pbk) Bagi Tajuk Pembahagian Nombor Perpuluhan menggunakan Model Pembahagian. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Objektif projek ini ialah untuk membina satu perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) bagi pelajar Tingkatan Satu untuk pembelajaran topik Pembahagian Nombor Perpuluhan dalam Bahasa Inggeris. Penyampaian isi pelajaran di dalam perisian ini menggunakan Model Pembahagian (Sharing Model). Pendekatan ini berbeza dengan kaedah yang sering digunakan oleh guru dan buku teks yang menggunakan Pembahagian Panjang (Long Division). Perisian PBK ini dipersembahkan secara teratur supaya pelajar dapat membina konsep dan kemahiran membahagi secara aktif dan bermakna. PBK ini juga bersifat mesra pengguna dan interaktif, manakala aktiviti seperti permainan dan ujian yang diberikan dalam perisian ini dapat membantu pelajar mengukuhkan pemahaman dalam suasana yang menyeronokkan. Proses pembangunan perisian PBK ini berpandukan Rekabentuk Instruksi Bersistem Model Hannafin dan Peck. PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash MX 2004, Adobe Photoshop 7.0 dan Sound Forge 6.0. Diharapkan perisian ini dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran membahagi dengan baik terutama bagi topik yang dipilih iaitu Pembahagian Nombor Perpuluhan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07111
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:06
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10248

Actions (login required)

View Item View Item