Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dalam pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Md. Noor, Normala and Uzir, Mohd Mohsin (2006) Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dalam pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) mendapat penekanan yang sewajarnya dalam pendidikan Malaysia apabila ia ditetapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) iaitu melalui pendekatan penyebatian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Walau bagaimanapun guru-guru KH (Kemahiran Hidup) di sekolah menengah didapati masih menggunakan kaedah tradisional yang tidak dapat mengembangkan kemahiran berfikir pelajar. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan mengenalpasti tahap penyebatian KBKK dalam P&P KH. Fokus kajian yang pertama adalah menentukan tahap pengetahuan guru KH terhadap penyebatian KBKK. Manakala fokus kedua pula adalah mengenalpasti tahap pendedahan guru terhadap penyebatian KBKK. Fokus kajian ketiga ialah mengenalpasti tahap kesediaan guru dalam penyebatian KBKK dan fokus yang terakhir mengenalpasti tahap penyebatian KBKK dalam P&P KH. Kajian ini melibatkan kesemua 35 orang guru KH yang mengajar di 4 buah sekolah menengah bantuan kerajaan di daerah Kluang, Johor. Pengumpulan data adalah dengan menggunakan soal selidik sebagai alatan kajian yang utama. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi, ia telah diuji ke atas sekumpulan guru KH di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Pengawa Barat, Pontian, Johor. Selepas proses pengumpulan data selesai, ianya dianalisis dengan menggunakan program SPSS (Statistcal Packlages for the Social Science). Statistik deskriptif iaitu taburan frekuensi, peratusan dan min dicari. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap penyebatian KBKK dalam proses P&P KH namun bagitu responden kurang terdedah dalam penyebatian KBKK dan didapati juga tahap kesediaan responden dan penggunaan penyebatian KBKK dalam P&P KH adalah sederhana.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07058
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Social Aspects of Education > Generic Skills
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:06
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10196

Actions (login required)

View Item View Item