Persepsi Pelajar-pelajar Tahun Empat Jabatan pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan, Universiti teknologi Malaysia Terhadap Amalan Membaca

Mohamed, Khairulanida and Sulaiman, Hanim (2006) Persepsi Pelajar-pelajar Tahun Empat Jabatan pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan, Universiti teknologi Malaysia Terhadap Amalan Membaca. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Membaca adalah kunci utama dalam usaha mengembangkan pendidikan dan ilmu. Justeru itu, usaha untuk meningkatkan minat membaca menjadi tanggungjawab semua pihak dari peringkat keluarga hinggalah ke peringkat pemimpin masyarakat. Penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap faktor-faktor yang mendorong minat membaca di kalangan mereka. Tinjauan deskriptif digunakan sebagai cara penyelesaian untuk mendapatkan keputusan. Responden kajian terdiri daripada 88 orang pelajar tahun 4 Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia. Aspek yang dikaji adalah faktor fizikal perpustakaan, faktor bahan bacaan di pasaran dan faktor sikap pelajar terhadap amalan membaca. Data-data yang diperolehi ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS.13 For Windows). Hasil penganalisisan data dipersembahkan dalam bentuk penjadualan dan graf yang mengandungi min dan peratus. Berpandukan hasil kajian, pengkaji telah membuat rumusan bahawa ketigatiga faktor yang dikaji tersebut didapati dapat mendorong minat membaca di kalangan para pelajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07048
Subjects: Linguistics Education > Literature Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:06
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10186

Actions (login required)

View Item View Item