Pelanggaran Disiplin Di Kalangan Pelajar sekolah Menengah Di Kangar, Perlis : satu Tinjauan

Md Yusof, Azizul Ariffen and Abdol, Mat Jizat (2006) Pelanggaran Disiplin Di Kalangan Pelajar sekolah Menengah Di Kangar, Perlis : satu Tinjauan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini berbentuk deskriptif dijalankan untuk mengkaji masalah pelanggaran disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di Kangar, Perlis. Untuk tujuan itu, kajian ini dijalankan di lima buah sekolah menengah yang melibatkan guru disiplin dan pelajar-pelajar tingkatan empat yang pernah terlibat dalam melakukan kesalahan disiplin. Seramai lima orang responden guru dan dua puluh tiga orang responden pelajar yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara bertujuan. Instrumen kajian yang digunakan adalah temubual. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat sebelas jenis kesalahan disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Daripada sebelas jenis kesalahan ini, kesalahan merokok dan penampilan diri kerap dilakukan oleh pelajar. Dari segi tindakan, didapati penguatkuasaan disiplin telah dijalankan oleh pihak sekolah. Terdapat sepuluh bentuk tindakan yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah yang dikaji. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa faktor utama yang menyebabkan pelajar melanggar disiplin ialah faktor rakan sebaya faktor media massa, faktor institusi keluarga, faktor sekolah dan faktor tekanan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 07012
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:06
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10159

Actions (login required)

View Item View Item