Membangunkan Perisian Modul Pembelajaran Berbantukan komputer ( Pbk ) Tajuk Kecil Sistem Enjin Dalam Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Tiga

Hj. Ahmad, Abd. Aziz and Subari, Kamalularifin (2006) Membangunkan Perisian Modul Pembelajaran Berbantukan komputer ( Pbk ) Tajuk Kecil Sistem Enjin Dalam Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Tiga. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Penggunaan teknologi maklumat yang semakin berkembang telah membawa satu era baru kepada kehidupan manusia. Ekoran dari perkembangan yang pesat ini, maka konsep Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah dihasilkan. Tujuan PBK ini adalah untuk membantu pelajar memahami dengan lebih mudah dan mendalam sesuatu topik yang diajar oleh guru. Tajuk perisian ini ialah Sistem Enjin bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan tiga. Perisian ini dibina berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan tiga yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2004. Perisian ini menggunakan Macromedia Flash MX 2004 dengan beberapa perisian sokongan lain. PBK ini dibangunkan dengan gabungan empat elemen utama iaitu teks, grafik, animasi dan audio untuk mejadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan tidak membosankan. Kandungannya pula merangkumi komponen, fungsi, kendalian, isi pelajaran dan latihan. Perisian ini mempunyai interaktif yang menarik dan mudah digunakan. Perisian PBK ini telah disediakan dalam bentuk cakera padat (CD) bagi memudahkan kebolehcapaiannya. Oleh itu dengan terhasilnya perisian ini adalah diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna dengan sebaik mungkin.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06943
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Technical & Vocational Education > Living Skills
Educational Technology > ICT
Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:03
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10091

Actions (login required)

View Item View Item