Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Tiga Buah Sekolah Di Daerah Johor Baru

Wahab, Sabilah and Hassan, Zainudin (2006) Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Tiga Buah Sekolah Di Daerah Johor Baru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mengenai mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini telah dilakukan di Sekolah Menengah Taman Universiti, Sekolah Menengah Pasir Gudang 2 dan Sekolah Menengah Majidi Baru, Johor. Terdapat empat objektif kajian yang ingin dicapai. Pertama, untuk mengkaji adakah pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ini berminat dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kedua, mengkaji adakah pelajar dapat memahami isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ketiga, mengkaji adakah pelajar dapat mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran ini dalam kehidupan seharian mereka. Keempat, mengkaji hubungan di antara mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran ini dalam kehidupan seharian mereka dengan demografi. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik telah diedarkan dan seramai 30 responden memberi kerjasama. Data daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS For Window Version 13. Analisis data kajian menggunakan kekerapan, peratusan, crosstab dan min. Hasil kajian objektif pertama, menunjukkan responden berminat belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup, berdasarkan skor min 2.80 dan berada pada tahap tinggi. Objektif soalan kajian kedua pula, skor min 2.98 dan juga berada pada tahap tinggi menunjukkan responden memahami isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup yang diajar oleh guru mereka. Hasil kajian objektif ketiga, skor min 2.86 dan berada pada tahap tinggi menunjukkan responden mengaplikasi bahagian amali mata pelajaran ini dalam kehidupan seharian mereka. Objektif keempat pula pengkaji menggunakan crosstab antara item di bawah tajuk mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran ini dengan jantina dan umur. Hasil kajian menunjukkan bahawa 97 % responden mengaplikasikan kemahiran amali mata pelajaran ini di rumah. Penyelidik mencadangkan guru Pendidikan Khas yang mengajar Kemahiran Hidup perlu lebih peka terhadap pelajar mereka.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06929
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Theory and Practice of Education > Learning Difficulties
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:02
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10077

Actions (login required)

View Item View Item