Pembinaan Perisian (pbk) Multimedia Bagi Topik Fungsi Dalam Matematik Tambahan (fungsi Gubahan).

Vallipan, Indra Devi and Bakar, Md Nor (2006) Pembinaan Perisian (pbk) Multimedia Bagi Topik Fungsi Dalam Matematik Tambahan (fungsi Gubahan). Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Projek pembangunan perisian multimedia ini bertujuan membina satu perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang mampu membantu guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembangun memilih satu topik kecil iaitu Composite Functions bagi matapelajaran Matematik Tambahan Tingkatan Empat. Keseluruhan perisian ini ditulis dalam Bahasa Inggeris. Rekabentuk pengajaran perisian ini dibina berlandaskan kepada model ADDIE ( Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation) manakala isi kandungan dan aktiviti dalam perisian ini pula berasaskan teori konstruktivisme. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengarang Macromedia Authoware 6.5, Macromedia SWISHmax, Adobe Photoshop 7.0 dan Sonic Foundary Sound Forge 6.0. PBK ini dibangunkan dengan gabungan empat elemen utama iaitu teks, grafik, audio dan animasi yang mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan tidak membosankan. Adalah diharapkan perisian ini dapat membantu guru memudahkan proses pengajaran serta membantu pelajar memahami dan menguasai matematik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06887
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 04:00
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10035

Actions (login required)

View Item View Item