Perlakuan Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah menengah Agama

Wan Abdul Sa, Wan Utma Mazrah (2006) Perlakuan Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah menengah Agama. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap, jenis dan faktor perlakuan buli serta program intervensi yang terdapat di sekolah menengah agama. Seramai 400 orang pelajar di empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Melaka dan Johor telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan persampelan dilakukan secara persampelan rawak mudah kelompok atas kelompok. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α = 0.8234. Data-data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows. Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan min digunakan untuk menganalisis tahap perlakuan buli manakala statistik inferensi iaitu analisis ujian-t dan korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis perbezaan perlakuan buli antara jantina, perbezaan jenis perlakuan buli antara jantina dan hubungan antara program intervensi dan perlakuan buli. Hasil kajian mendapati tahap perlakuan buli berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara perlakuan buli dengan jantina dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis perlakuan buli dengan jantina. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara program intervensi dan perlakuan buli. Aspek yang paling mempengaruhi perlakuan buli ialah dari aspek keluarga.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 06864
Subjects: Guidance and Counseling > Guidance and Counseling
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 03:58
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/10012

Actions (login required)

View Item View Item